Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

19 May 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010

Salam Ahli PUCBTM.

Sempena menyambut World Cocoa Day setiap 1 Oktober, Lembaga Koko Malaysia akan mengajurkan Malaysia Cocoa & Chocolate Day yang bakal diadakan di Mid Valley Exibition Center pada 15 Oktober 2010 hingga 17 Oktober 2010. MCCD juga diajurkan bersama dengan Syarikat Bleudale yang telah menganjurkan Chocolate Fair pada january lalu. MCCDyang dijalankan adalah untuk mengadakan satu kempen kesedaran dan pendidikan tentang Koko dan Coklat Malaysia. Pihak Penganjur juga menjangkakan kehadiran pengunjung sebanyak 20,000 ke 50,000 orang pengunjung.

untuk maklumat lanjut berkenaan booth di Malaysia Cocoa & Chocolate day, Ahli boleh menghubungi pihak Bluedale di nombor telefon 03-78047986 (Cik Nurul) atau menhubungi setiusaha persatuan En. Ismail Shukri / Bendahari Y.M. Tengku Muazzam.

Pihak Persatuan dan LKM meminta kepada ahli yang berminat untuk menyertai Pameran MCCD sila memberi maklumat anda sebelum 28/5/2010.

MIHAS 2010

Salam Semua Ahli PUCBTM.

Untuk pengetahuan semua Malaysian International Halal Showcase 2010 akan diadakan pada 23/6/2010 sehingga 27/6/2010 yang diadakan di MATRADE Jalan Duta.

Pihak persatuan telah bermesyuarat pada 6/5/2010 dan telah memilih beberapa orang ahli. Ahli-ahli yang telah dipilih untuk pameran berkenaan adalah berdasarkan mereka-mereka yang mempunyai sijil Halal dan berpotensi untuk mendapatkan pasaran luar negara. berikut adalah ahli-ahli yang dipilih untuk turut serta:

No.

Ahli

Syarikat

1

En Shuzaimi Abdul Shukur

Dezzariz Sdn Bhd

2.

En. Muzairee Daud

GMR Food & Beverages

3.

Hj. Salehudin b. Idris

D’kawi Chocolate Hut

4.

Ari Abidin

Rab9 Food Industries

5.

Y.M. Tengku Muazam /Pn. Aimilia Omar

AOM Food Industries

6.

Sri Salwa bt Haron

Innovative Chocolate

7.

Pn. Hjh Ropiah / Pn. Dina Tajuddin

Dazzle Food Sdn Bhd

8.

Hartina bt. Abdul Rauf

Sri Umairah Food & Beverages

9.

Pn. Haridah Sahri

Tasneem Enterprise

10.

Siti Chofiah Mohd. Noor/ Noraini Md Isa

Kak Yong Cake House & Cafe

11.

Norhazizi b. Mohamad

Alimudin

Sri Ayu Enterprise

12.

Normah Binti Ketot

Norsham Homemade Confectionery &

Western Food


suka di ingatkan bahawa 3 hari pertama pameran adalah tujuan perdangangan. 2 hari terakhir adalah hari terbuka untuk pengguna jika terdapat usahawan tidak terpilih untuk pameran berkenaan yang ingin memasarkan produk mereka boleh berbuat demikian melalui ahli-ahli yang terpilih yang telah disenaraikan diatas.

jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi setiausaha persatuan di nombor 012-3618269 (Shukri)/ email: pucbtm@gmail.com


Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

13 May 2010

Jemputan ke Perjumpaan Persatuan Usahawan Coklat BuatanTangan Malaysia

Salam kepada Semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia dengan sukacitanya pihak persatuan menjemput semua ahli persatuan untuk hadir ke perjumpaan persatuan. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:


Tarikh: 18 Mei 2010
Hari: Selasa
Jam: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi Lembaga Koko Malaysia.

Tujuan Perjumpaan & Perkara yang akan dibincangkan:

1) Penerangan Pameran Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010 oleh Bluedale
2) Penerangan mengenai MIHAS 2010
3) Penerangan Misi perdagangan ke Indonesia
4) Isu-isu berbangkit berkenaan Industri Koko & coklat


Kami dipihak persatuan mengalu-alukan kedatangan pihak ahli ke perjumpaan ini. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi setiausaha persatuan di nombor 012-3618269 (Shukri)/ email: pucbtm@gmail.com.

Sekian diharap para ahli persatuan dapat hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan.


Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com