Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

18 June 2010

Tarikh Baru Perjumpaan Persatuan

Salam kepada semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia.

Ingin dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan ditukar ke tarikh baru iaitu 28 Jun 2010. Pihak Persatuan dengan suka citanya menjemput semua Ahli Persatuan untuk menghadirkan diri ke perjumpaan persatuan. Perjumpaan ini juga akan menjemput Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan setiausaha kerja bagi Persatuan
2. Penyertaan Program Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
3. Penyertaan Pameran Malaysia 3rd & 4th Chocolate Fair
4. Penyertaan Pameran Epicure Malaysia 2010
5. Memasarkan produk usahawan coklat ke Pusat Jualan yang terdapat di The Mall, Kuala Lumpur
6. Taklimat oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
7. Perkara-perkara yang berbangkit.

Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 Jun 2010
Hari: Isnin
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko,
Bangi Lembaga Koko Malaysia.

16 June 2010

Perjumpaan Persatuan

Salam kepada semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia. Pihak Persatuan dengan suka citanya menjemput semua Ahli Persatuan untuk menghadirkan diri perjumpaan persatuan. Perjumpaan ini juga akan menjemput Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Julai 2010
Hari: Khamis
Jam: 9.30 petang
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi Lembaga Koko Malaysia.


14 June 2010

Ambil Tag@Pas Pempamer Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010

Salam kepada semua usahawan / ahli PUCBTM,

Usahawan yang menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 dikehendaki mengambil Tag@Pas Pempamer bagi pihak syarikat masing-masing di Kaunter Khidmat Pempamer di Pintu Hadapan Hall 3, Tingkat 3 PWTC. Sila rujuk pada gambar di bawah:

Sila klik untuk besarkan


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan semasa memunggah barang atau berkaitan pameran boleh hubungi wakil kontraktor yang mengurus Ekspo ini iaitu Cik Nur Atikah di talian 012-2681120

12 June 2010

Email daripada KPDNKK 2

Salam kepada semua usahawan / ahli PUCBTM,

Setiap usahawan yang menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan oleh KPDNKK spt dibawah dan maklumat yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada En Khairul Ezam bin Mohd Rasali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan di email beliau; ezam@kpdnkk.gov.my

Terima kasih

Tengku Muazam Kamal

Bendahari,

Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)



-------- Original Message --------
Subject: Re: Senarai dan kedudukan baru usahawan LKM untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010
Date: Fri, 11 Jun 2010 18:16:19 +0800
From: "Mohd Khairul Ezam Bin Mohd Rasali"
To: "AOM Food Industries"

Tuan, mohon kerjasama untuk memberikan maklumat berkaitan syarikat seperti berikut:-
Nama Syarikat :
Alamat :
Telefon :
Faks :
Pegawai Dihubungi/No. hand phone:
Produk :
Brand :


Mohon kerjasama untuk isikan bagi setiap syarikat.

Sekian terima kasih.


Khairul Ezam bin Mohd Rasali
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No. Tel : 03-8882 6487
No. Faks : 03-8882 5826


Email daripada KPDNKK 1

-------- Original Message --------
Subject: Re: Senarai dan kedudukan baru usahawan LKM untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010
Date: Fri, 11 Jun 2010 17:26:17 +0800
From: "Mohd Khairul Ezam Bin Mohd Rasali"
To: "AOM Food Industries"

Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan perbualan telefon sebentar tadi dengan wakil persatuan adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian mencadangkan kepada Persatuan dan Lembaga Koko Malaysia untuk menempatkan syarikat yang telah export ready di booth 42,43, 44 & 45 dan dinding pembahagian di antara kesemua 8 booth dibuka bagi membolehkan pengunjung untuk melihat semua produk dengan mudah. Kementerian juga memang berharap Pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia kali ini dapat meraih keuntungan yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan. Untuk maklumat tuan, syarikat IKS yang bukan di bawah Lembaga Koko Malaysia telah dikenakan bayaran RM500.00 untuk sebuah booth. Tindakan Kementerian memberi booth secara percuma bagi meningkatkan peluang pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan keuntungan yang maksimum. Kementerian juga berharap agar tuan dapat memenuhi setiap ruang yang disediakan dengan produk berkualiti tinggi dan hiasan pelbagai bagi menarik pengunjung mengunjungi booth tuan. Besarlah harapan saya untuk bertemu kesemua pengusaha semasa program ini berlangsung dan mendapat maklumbalas yang diharap-harapkan. Sekian, terima kasih.



Khairul Ezam bin Mohd Rasali
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No. Tel : 03-8882 6487
No. Faks : 03-8882 5826

09 June 2010

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010

Salam ahli PUCBTM,

Untuk makluman, terdapat 16 syarikat/ahli PUCBTM akan menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 pada 16 - 20 Jun 2010 bertempat di PWTC.

Berikut adalah senarai syarikat/ahli PUCBTM yang telah bersetuju untuk menyertai Ekspo tersebut. Turut disertakan ialah no booth bagi setiap syarikat/ahli PUCBTM:

* SENARAI SYARIKAT 'EXPORT READY' TELAH DISEDIAKAN /DIBERIKAN OLEH PIHAK LKM KEPADA PEGAWAI KPDNKK .

Sila klik untuk besarkan


Waktu Masuk Barang
15 Jun 2010, 9.00 pagi hingga 9.00 malam

Waktu Keluar Barang
20 Jun 2010, 9.00 malam hingga 10.00 malam
21 Jun 2010, 9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bendahari PUCBTM, Y.M. Tengku Muazam 012-3460916