Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

21 November 2010

Maklumat Terbaru MAHA International Expo 2010

Sila klik untuk besarkan


Salam Ahli PUCBTM...

Setelah wakil LKM dan PUCBTM menghadiri taklimat MAHA 2010 di Hall D, MAEPS Serdang pada hari Sabtu 20 November 2010, terdapat perubahan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur. Pavillion LKM & Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia telah dipindahkan dari Hall C ke Hall B dan oleh itu terdapat perubahan kedudukan booth usahawan tetapi no booth bagi setiap usahawan adalah sama seperti post di blog sebelum ini. Sila lihat pelan lantai Hall B dan kedudukan Pavillion serta no booth masing-masing.

Di bawah adalah maklumat penting MAHA International Expo 2010:

Tarikh Memunggah: 25 November 2010

Waktu Memunggah: 10.00pagi - 10.00malam

Tempat Memunggah: Loading Bay (Sila lihat gambar di atas)

Tarikh Ekspo: 26 November - 5 Disember 2010

Waktu Ekspo: 10.00pagi - 10.00malam

Untuk penambahan stok, usahawan hanya dibenarkan untuk membawa masuk stok baru pada pukul 8.00pagi hingga 9.30pagi atau 10.30malam hingga 12.00malam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Setiausaha PUCBTM, En Ismail Shukri di 012-361 8269.

Harap maklum.

YM Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)