Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

20 May 2011

Maklumat terkini Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC - updated 20/05/2011

Sila klik untuk besarkan


Salam Ahli PUCBTM,

Sukacita dimaklumkan bahawa pada saat akhir, KPDNKK bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran booth kepada RM500.00 perbooth. Oleh itu, setiap ahli PUCBTM yang berkongsi booth akan dipulangkan semula wang pembayaran sebanyak RM250.00 seorang. Bendahari akan memulangkan wang tersebut pada hari berlangsungnya Ekspo ini.

Berikut adalah senarai terkini ahli PUCBTM dan no booth:

3111 Kokochip Enterprise & Salesac Enterprise

3112 Norsham Homemade Confectionery & Western Food & DJ Learning

3113 GMR Food & Beverages

3114 AOM Food Industries & Dezzariz Sdn Bhd

3115 Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd

Sila rujuk pada floorplan di atas untuk lokasi booth


PERHATIAN: Ahli yang bermasalah dan enggan bekerjasama dengan PUCBTM dan KPDNKK tidak akan dijemput untuk menyertai sebarang pameran pada masa akan datang. Jika ada sebarang perubahan atau tarik diri perlu dimaklumkan kepada AJK yang bertanggungjawab. Ini kerana setiap perubahan yang berlaku, pihak PUCBTM bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak penganjur (KPDNKK) supaya tidak akan berlaku sebarang masalah atau perkara yang berbangkit pada masa akan datang.

Harap maklum.


15 May 2011

Maklumat terkini Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC

Salam ahli PUCBTM,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan PUCBTM untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC pada 25-29 Mei 2011 telah diluluskan oleh KPDNKK. Sebanyak 5 buah booth telah diperuntukkan oleh KPDNKK kepada PUCBTM. Setiap booth akan dikongsi oleh 2 ahli PUCBTM di mana setiap ahli PUCBTM yang menyertai program ini dikehendaki membayar RM500.00. Butiran pembayaran adalah seperti di SMS yang telah dihantar pada 10/5/2011 dan 13/5/2011.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang telah membuat bayaran booth:
1. AOM Food Industries
2. Dezzariz Sdn Bhd
3. Salesac Enterprise
4. Norsham Homemade Confectionery & Western Food
5. DJ Learning
6. GMR Food & Beverages
7. Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd
8. Koko Chip Enterprise
9. Sheaz Enterprise
10. Masih kosong


*Dikemaskini sehingga 16/5/2011 6.07pm

Kepada ahli PUCBTM yang masih belum membuat bayaran, anda perlu membuat bayaran selewat-lewatnya 16/5/2011. Jika tidak, nama anda akan diganti oleh ahli PUCBTM lain yang berminat untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia. Harap dapat beri kerjasama.


Butiran mengenai Ekspo Beli Barangan Malaysia akan dimuatkan ke blog ini dalam masa terdekat untuk rujukan.

Sekian, terima kasih


Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

14 May 2011

Keratan Akhbar berkenaan Isu Larangan Jualan Coklat oleh PUCBTM


"Kaji larang jual coklat di sekolah" - Utusan Malaysia, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Kaji larangan" - Harian Metro, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Chocolate ban in schools upsets makers" - New Straits Times, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Semak larangan jual coklat" - Sinar Harian, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

06 May 2011

Kenyataan Media PUCBTM pada 5/5/2011

Salam semua Ahli PUCBTM,
Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PUCBTM pada 5/5/2011



Sila klik untuk besarkan

Ahli PUCBTM yang menghadiri Sidang Akhbar:

1. GMR Food & Beverages
2. AOM Food Industries
3. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
4. Rab9 Food Industries Sdn Bhd
5. IR Niaga

03 May 2011

Sidang Akhbar oleh PUCBTM

Makluman: Waktu Sidang Akhbar telah ditukar ke pukul 11.00 pagi, tarikh yang sama 5 Mei 2011 Harap Maklum

Salam semua Ahli PUCBTM...

Untuk makluman, Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan sidang akhbar pada 5 Mei 2011 pukul 11.00pagi di Sembang-Sembang Cafe, The Mall. Sidang akhbar ini bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat, khususnya rakyat Malaysia tentang kebaikan dan khasiat coklat serta menegaskan bahawa pernyataan yang dikeluarkan oleh MOH bahawa Coklat adalah junk food dan penyebab obesiti di sekolah adalah TIDAK TEPAT. Sidang akhbar ini disokong penuh oleh Lembaga Koko Malaysia.

Semua dijemput hadir.

Tarikh: 5 Mei 2011

Masa: 11.00pagi

Tempat: Sembang-Sembang Cafe, LG The Mall

- Exco PUCBTM