Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

16 February 2012

Tarikh Baru Malaysian Chocolate Showcase @ MyChocs

Salam, ingin dimaklumkan bahawa Malaysian Chocolate Showcase @ MyChocs telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 28 Februari hingga 3 Mac 2012. Penundaan dibuat di atas permintaan pihak UIAM Gombak.

Harap Maklum

12 February 2012

Jemputan menyertai MyChocs@ IIUM HALAL FAIR 2012

Salam,


Sukacita ingin dimaklumkan bahawa ahli PUCBTM dijemput untuk menyertai Malaysian Chocolate Showcase @ MyChocs yang akan diadakan di UIAM Gombak.

Dibawah adalah maklumat lanjut:

Tempat: Dewan Utama, Cultural Activity Centre (CAC), UIAM Gombak
Tarikh: 25-29 Februari 2012 28 Februari - 3 Mac 2012 (5 hari)
Masa: 9.00pagi hingga 7.00malam

Harga Promosi : RM1,000.00 (Harga Biasa: RM1,600.00)
Harga Istimewa bagi ahli PUCBTM yang menaja produk:
RM800.00 bagi tajaan produk coklat bernilai RM120.00
RM750.00 bagi tajaan produk coklat bernilai RM200.00

Jangan lepaskan peluang ini kerana maklumbalas daripada ahli PUCBTM yang pernah menyertai Chocolate Fair di UIAM Gombak mengatakan sambutan daripada pelajar amat menggalakkan. Jualan bagus dan penganjur yang bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa sentiasa berusaha menarik pengunjung untuk datang ke pameran.

Sebarang pertanyaan mengenai Pameran Malaysian Chocolate Showcase@MyChocs boleh hubungi En Badrul di 013-3005479.

Sekian, terima kasih

Tengku Muazam Kamal
Bendahari PUCBTM