Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

19 May 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010

Salam Ahli PUCBTM.

Sempena menyambut World Cocoa Day setiap 1 Oktober, Lembaga Koko Malaysia akan mengajurkan Malaysia Cocoa & Chocolate Day yang bakal diadakan di Mid Valley Exibition Center pada 15 Oktober 2010 hingga 17 Oktober 2010. MCCD juga diajurkan bersama dengan Syarikat Bleudale yang telah menganjurkan Chocolate Fair pada january lalu. MCCDyang dijalankan adalah untuk mengadakan satu kempen kesedaran dan pendidikan tentang Koko dan Coklat Malaysia. Pihak Penganjur juga menjangkakan kehadiran pengunjung sebanyak 20,000 ke 50,000 orang pengunjung.

untuk maklumat lanjut berkenaan booth di Malaysia Cocoa & Chocolate day, Ahli boleh menghubungi pihak Bluedale di nombor telefon 03-78047986 (Cik Nurul) atau menhubungi setiusaha persatuan En. Ismail Shukri / Bendahari Y.M. Tengku Muazzam.

Pihak Persatuan dan LKM meminta kepada ahli yang berminat untuk menyertai Pameran MCCD sila memberi maklumat anda sebelum 28/5/2010.

No comments:

Post a Comment