Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

20 August 2011

Bayaran RM1,500.00 untuk sertai MCCD 2011 & MICCOS 2011

Salam ahli PUCBTM,

Merujuk kepada pertemuan dengan Ketua Pengarah LKM, Dato' Azhar, Sewa booth Malaysia Chocolate & Cocoa Day (MCCD) 2011 dan MICCOS 2011 telah dipakejkan dengan harga RM1,500.00 sahaja. Harga yang diberikan adalah amat berpatutan. Hanya 18 booth ditawarkan oleh LKM dengan harga istimewa ini. Kepada ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai MCCD 2011 & MICCOS 2011 boleh hubungi pegawai LKM iaitu En Sazmie di talian 06 7998610.

Harap Maklum.

12 August 2011

Jemputan Pertemuan Ahli PUCBTM dengan Ketua Pengarah LKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah LKM, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail ingin menjemput ahli PUCBTM untuk 1 sesi pertemuan dan mesyuarat bersama Ketua Pengarah LKM.

Berikut adalah waktu, tarikh dan tempat yang akan diadakan:
Tarikh: 16 Ogos 2011 (Selasa)
Masa : 9.30pagi
Tempat: Bilik Seminar, Blok B
Pusat Innovatif Teknologi Koko Nilai (CITC)

Agenda Perbincangan.
1. Ucapan dari Ketua Pengarah LKM
2. Makluman mengenai MCCD 2011 dan MICCOS 2011
3. Bilangan ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai MCCD 2011 dan MICCOS 2011
4. Memohon pengurangan bayaran sewa booth pada kadar yang mampu dibayar oleh ahli PUCBTM
5. Hal-hal yang berbangikit

Ahli PUCBTM diminta membawa sample produk untuk tujuan penyediaan Direktori Usahawan Coklat yang akan dikeluarkan oleh LKM. Selain itu sample produk yang diberikan akan dipaparkan di Bahagian Unit Pembangunan Usahawan Coklat (UPUC)

Semua ahli PUCBTM dijemput hadir.

Harap Maklum

Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

03 July 2011

Jemputan Pertemuan Ahli PUCBTM dengan Ketua Pengarah LKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah LKM, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail ingin menjemput ahli PUCBTM untuk berbincang mengenai MCCD 2011 yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober bertempat di Mid Valley Exhibition Hall.

Berikut adalah waktu, tarikh dan tempat yang akan diadakan:
Tarikh: 15 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 3 petang
Tempat: Bilik Seminar, Blok B
Pusat Innovatif Teknologi Koko Nilai (CITC)

Agenda Perbincangan.
1. Bilangan ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai MCCD 2011
2. Memohon pengurangan bayaran sewa booth pada kadar yang mampu dibayar oleh ahli PUCBTM
3. Hal-hal yang berbangikit
Kepada ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai perbincangan dengan Ketua Pengarah diminta hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 atau email ke pucbtm@gmail.com untuk Senarai Kehadiran. Sebarang pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan.

Senarai Kehadiran diperlukan oleh LKM untuk persediaan seperti tempat (jika ada perubahan) dan minum petang.Sila war-warkan kepada rakan-rakan usahawan yang lain. Segala kerjasama anda amat kami hargai.

Harap Maklum

Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)


Senarai Kehadiran usahawan LKM dan ahli PUCBTM:
1. AOM Food Industries
2. GMR Food & Beverages
3. Dazzle Food Sdn Bhd
4. Chocolate Generation
5. Silarasa Food & Beverage Sdn Bhd
6. Dezzariz Sdn Bhd
7. Norsham Homemade Confectionery
8. Brilliance World Resources
9. Kenanga Fastfood
10. JSV Foods
11. Chocolate & Delicacies Ind.
12. Azaib Holdings Sdn Bhd
13. IR Niaga
14. Bukit Bunga Frozen Food
15. Salesac Enterprise
16. Qarrea Choc Products
17. Desire Chocolate
18. D Chocs N Cookies

Jemputan ke Mesyuarat Agong PUCBTM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa semua usahawan LKM dan ahli PUCBTM dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong PUCBTM yang akan diadakan pada 15 Julai 2011.

Berikut adalah waktu, tarikh dan tempat yang akan diadakan:
Tarikh: 15 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar, Blok B
Pusat Innovatif Teknologi Koko Nilai (CITC)

Agenda Mesyuarat Agong PUCBTM
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia.
2. Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan Sepanjang Tahun 2010.
3. Pembentangan Laporan Kewangan Persatuan Sepanjang Tahun 2010.
4. Perlantikan Jawatan AJK baru
5. Pendaftaran ahli baru
6. Rancangan aktiviti PUCBTM pada masa akan datang
7. Peluang memasarkan produk ke KLIA Sepang
8. Hal-hal berbangkit yang akan diusulkan kepada Ketua Pengarah LKM pada perbincangan seterusnya pada sebelah petang.

Kepada usahawan LKM dan ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai Mesyuarat Agong PUCBTM diminta hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 atau email ke pucbtm@gmail.com untuk Senarai Kehadiran. Sebarang pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan.

Senarai Kehadiran diperlukan oleh LKM untuk persediaan seperti tempat dan makan tengah hari (jika disediakan oleh LKM). Sila war-warkan kepada rakan-rakan usahawan yang lain. Segala kerjasama anda amat kami hargai.

Harap Maklum

Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)



Senarai Kehadiran usahawan LKM dan ahli PUCBTM:
1. AOM Food Industries
2. GMR Food & Beverages
3. Dazzle Food Sdn Bhd
4. Chocolate Generation
5. Silarasa Food & Beverage Sdn Bhd
6. Dezzariz Sdn Bhd
7. Seri Umairah Food & Beverages
8. Norsham Homemade Confectionery
9. Brilliance World Resources
10. Kenanga Fastfood
11. JSV Foods
12. Chocolate & Delicacies Ind.
13. Azaib Holdings Sdn Bhd
14. IR Niaga
15. Bukit Bunga Frozen Food
16. Salesac Enterprise
17. Qarrea Choc Products
18. Desire Chocolate
19. D Chocs N Cookies

02 June 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Zon Timur

Sila klik untuk besarkan


Salam ahli PUCBTM,

Kepada ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Zon Timur boleh hubungi Pegawai yang terlibat seperti di dalam surat di atas. Walaupun tarikh tutup pada 25 Mei 2011, pihak PDNKK masih menerima permohonan baru sementara booth masih kosong.

Harap Maklum


20 May 2011

Maklumat terkini Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC - updated 20/05/2011

Sila klik untuk besarkan


Salam Ahli PUCBTM,

Sukacita dimaklumkan bahawa pada saat akhir, KPDNKK bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran booth kepada RM500.00 perbooth. Oleh itu, setiap ahli PUCBTM yang berkongsi booth akan dipulangkan semula wang pembayaran sebanyak RM250.00 seorang. Bendahari akan memulangkan wang tersebut pada hari berlangsungnya Ekspo ini.

Berikut adalah senarai terkini ahli PUCBTM dan no booth:

3111 Kokochip Enterprise & Salesac Enterprise

3112 Norsham Homemade Confectionery & Western Food & DJ Learning

3113 GMR Food & Beverages

3114 AOM Food Industries & Dezzariz Sdn Bhd

3115 Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd

Sila rujuk pada floorplan di atas untuk lokasi booth


PERHATIAN: Ahli yang bermasalah dan enggan bekerjasama dengan PUCBTM dan KPDNKK tidak akan dijemput untuk menyertai sebarang pameran pada masa akan datang. Jika ada sebarang perubahan atau tarik diri perlu dimaklumkan kepada AJK yang bertanggungjawab. Ini kerana setiap perubahan yang berlaku, pihak PUCBTM bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak penganjur (KPDNKK) supaya tidak akan berlaku sebarang masalah atau perkara yang berbangkit pada masa akan datang.

Harap maklum.


15 May 2011

Maklumat terkini Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC

Salam ahli PUCBTM,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan PUCBTM untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC pada 25-29 Mei 2011 telah diluluskan oleh KPDNKK. Sebanyak 5 buah booth telah diperuntukkan oleh KPDNKK kepada PUCBTM. Setiap booth akan dikongsi oleh 2 ahli PUCBTM di mana setiap ahli PUCBTM yang menyertai program ini dikehendaki membayar RM500.00. Butiran pembayaran adalah seperti di SMS yang telah dihantar pada 10/5/2011 dan 13/5/2011.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang telah membuat bayaran booth:
1. AOM Food Industries
2. Dezzariz Sdn Bhd
3. Salesac Enterprise
4. Norsham Homemade Confectionery & Western Food
5. DJ Learning
6. GMR Food & Beverages
7. Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd
8. Koko Chip Enterprise
9. Sheaz Enterprise
10. Masih kosong


*Dikemaskini sehingga 16/5/2011 6.07pm

Kepada ahli PUCBTM yang masih belum membuat bayaran, anda perlu membuat bayaran selewat-lewatnya 16/5/2011. Jika tidak, nama anda akan diganti oleh ahli PUCBTM lain yang berminat untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia. Harap dapat beri kerjasama.


Butiran mengenai Ekspo Beli Barangan Malaysia akan dimuatkan ke blog ini dalam masa terdekat untuk rujukan.

Sekian, terima kasih


Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

14 May 2011

Keratan Akhbar berkenaan Isu Larangan Jualan Coklat oleh PUCBTM


"Kaji larang jual coklat di sekolah" - Utusan Malaysia, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Kaji larangan" - Harian Metro, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Chocolate ban in schools upsets makers" - New Straits Times, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

"Semak larangan jual coklat" - Sinar Harian, 6 Mei 2011
Sila klik untuk besarkan

06 May 2011

Kenyataan Media PUCBTM pada 5/5/2011

Salam semua Ahli PUCBTM,
Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PUCBTM pada 5/5/2011



Sila klik untuk besarkan

Ahli PUCBTM yang menghadiri Sidang Akhbar:

1. GMR Food & Beverages
2. AOM Food Industries
3. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
4. Rab9 Food Industries Sdn Bhd
5. IR Niaga

03 May 2011

Sidang Akhbar oleh PUCBTM

Makluman: Waktu Sidang Akhbar telah ditukar ke pukul 11.00 pagi, tarikh yang sama 5 Mei 2011 Harap Maklum

Salam semua Ahli PUCBTM...

Untuk makluman, Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan sidang akhbar pada 5 Mei 2011 pukul 11.00pagi di Sembang-Sembang Cafe, The Mall. Sidang akhbar ini bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat, khususnya rakyat Malaysia tentang kebaikan dan khasiat coklat serta menegaskan bahawa pernyataan yang dikeluarkan oleh MOH bahawa Coklat adalah junk food dan penyebab obesiti di sekolah adalah TIDAK TEPAT. Sidang akhbar ini disokong penuh oleh Lembaga Koko Malaysia.

Semua dijemput hadir.

Tarikh: 5 Mei 2011

Masa: 11.00pagi

Tempat: Sembang-Sembang Cafe, LG The Mall

- Exco PUCBTM

21 April 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011




Salam semua Ahli PUCBTM...

Di sini sukacitanya ingin kami memaklumkan bahawa PUCBTM akan memohon untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Sehubungan dengan itu, KPDNKK telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyertai Ekspo ini. Berikut adalah kriteria yang telah ditetapkan oleh KPDNKK:
1. Jenama dimiliki oleh warga negara Malaysia.
2. Syarikat milik warganegara Malaysia.
3. Maklumat pemakanan yang lengkap.
4. Maklumat ramuan yang lengkap.
5. Barcode
6. Tarikh dikilang, tarikh input, dan pembungkusan yang menarik serta persijilan yang berkaitan seperti Sijil Halal (JAKIM/JAIN), GMP, HACCP.

Maklumat tentang Ekspo Beli Barangan Malaysia:

Tarikh: 25 - 29 Mei 2011

Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)

Waktu: 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Harga: RM1,000.00/booth*

*Pihak PUCBTM akan memohon kepada KPDNKK agar harga booth dapat dikurangkan

Kepada ahli PUCBTM yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berminat untuk menyertai Ekspo ini sila berikan nama anda pada Bendahari YM Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 selewat-lewatnya 27 April 2011.


Senarai ahli PUCBTM yang berminat:



1. AOM Food Industries

2. GMR Food & Beverages
3. Norsham Homemade Confectionery & Western Food
4. Dezzariz Sdn Bhd
5. Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd
6. Dazzle Food Sdn Bhd
7. Sri Ayu Enterprise

8. Salesac Enterprise

9. Koko Chip Enterprise

10. Sheaz Enterprise

11. DJ Learning




Sebarang pertanyaan mengenai kriteria yang diberikan oleh KPDNKK, boleh hubungi pegawai seperti dibawah:

Faridah Binti Abas
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan
No 13, Persiaran Perdana
Presint 2, 62623 Putrajaya
Tel: 03-8882 5902
Faks : 03-8882 5826

23 February 2011

Membuka Tapak Promosi di TESCO/CARREFOUR/JUSCO

PERHATIAN: Dimaklumkan bahawa program ini ditunda ke satu tarikh lain sehingga diberitahu oleh pihak IUB. Segala kesulitan amat dikesali.

Salam Semua Ahli PUCBTM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pihak Institut Usahawan Bumiputera (IUB) menjemput ahli PUCBTM untuk menyertai Tapak Promosi di TESCO Ampang secara kontrak 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga Mei 2011. Tapak Promosi adalah di dalam bangunan (indoor). Bayaran adalah RM4,800.00 bagi satu tapak 3mX3m untuk 3 bulan(RM1,600.00/sebulan). Bayaran penuh perlu dibuat sebelum berniaga di tapak promosi. Pada permulaan, PUCBTM akan mengambil 2 buah tapak yang akan disertai oleh 6 orang ahli PUCBTM sebagai perintis projek.

Tarikh: 1 Mac 2011 - 31 Mei 2011

Tempat: Tesco Ampang (indoor)

Saiz Booth: 3m X 3m (sila rujuk gambarajah dibawah)

Tempoh Kontrak: 3 bulan

Harga: RM 4,800.00 bg 1 tapak / RM 1,600.00 bg setiap Ahli PUCBTM

Beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu:
1. Setiap tapak dikongsi oleh 3 ahli PUCBTM (RM1,600.00 seorang) dan boleh berniaga selama 90 hari (RM17.78/sehari)
2. Setiap ahli PUCBTM diberi ruang sama rata untuk meletak rak. Kos setiap rak ditanggung sendiri oleh ahli PUCBTM yang terlibat.
3. Ahli PUCBTM tidak perlu menjaga di tapak promosi untuk 3 bulan. Dicadangkan untuk mengambil 2 org pekerja untuk menjaga dan menjual produk coklat.
4. Gaji pekerja adalah basic + komisen (Nilai basic dan komisen akan dibincangkan dengan lebih teliti)
5. Bayaran hasil jualan coklat boleh dibuat seminggu sekali/2minggu sekali/sebulan sekali mengikut persetujuan bersama.
6. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh 3 orang ahli PUCBTM dilantik bagi mengurus dan memantau perjalanan urus niaga dan aliran tunai di tapak promosi.
7. Sebarang kos pengurusan, kos pemasaran(bunting & flyer) dan lain-lain kos akan dikongsi bersama.
8. Ahli PUCBTM yang mempunyai sijil Halal, Jenama dan pembungkusan yang menarik akan diutamakan.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang berminat:
1. AOM Food Industries
2. Tasneem Enterprise
3. GMR Food & Beverages
4. Dazzle Food Sdn Bhd
5. Dezzariz Sdn Bhd
6. Rab9 Food Industries Sdn Bhd

Senarai simpanan:
1. Sri Ayu Enterprise
2. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
3. NZ Star Anise Enterprise
4. Koko Chip Enterprise
5. DChoc & Cookies

Kepada ahli PUCBTM yang berminat boleh hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 (SMS tidak akan dilayan). Jika permintaan ahli PUCBTM melebihi 6 orang, selebihnya akan dimasukkan ke dalam senarai simpanan. Bilangan tapak promosi akan ditambah jika mendapat persetujuan bersama.


Cadangan Rekabentuk Tapak Promosi oleh IUB




Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

11 February 2011

UiTM Chocolate fair by OPEMS (updated)


Salam Semua Ahli PUCBTM..

Sebelum Tahhun Baru Cina lalu pihak persatuan telah mendapat sekali lagi jemputan daripada Persatuan Pelajar Pengurusan Operasi (OPEMS) UiTM Fakulti Pengurusan Pernigaan, Shah Alam. Pihak OPEMS akan mengadakan Chocolate fair pada 21 - 24/2/2011 di Dewan Seri Budiman Universiti Teknologi Mara dan bersamaan Chocolate fair pihak OPEMS juga Menganjurkan Book fair dan juga PC fair pada tarikh yang sama. b
erikut adalah maklumat tentang acara berkenaan:-

Tarikh: 21 Febuari 2011 - 24 Febuari 2011 (4 Hari)

Tempat: Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Saiz Booth: 3m X 3m (RAW SPACE)

Harga: RM 500.00 Sahaja


Bilangan Booth: 16

*tempahan booth berdasarkan "first come first served" iaitu mereka yang booking dan membuat bayaran penuh. Kepada Ahli PUCBTM yang berminat untuk menyertai acara ini sila hubungi En. Muzairee 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 diminta kepada ahli-ahli yang ingin mengikutinya sila confirmkan sebelum jam 3 ptg pada 14/02/2011.


Senarai Usahawan yang berminat:
1. GMR Food & Beverages, Booth No 8
2. AOM Food Industries, Booth No 15
3. Dezzariz Sdn Bhd, Booth No 9
4. Salesac Enterprise, Booth No 7
5. Tasneem Enterprise, Booth No 4
6. Norsham Homemade Confectionery & Western Food No 2
7. Koko Chip Enterprise, Booth No 13
8. D'Chocs & Cookies
9. Azaib Holdings Sdn Bhd tarik diri
10. Sheaz Enterprise, Booth No 3

Booth yang masih dibuka, Booth No 1,5,6,10,11,14,16


Usahawan di minta memilih no booth dan memaklumkan kepada Y.M. Tengku Muazam di 012-3460916. Pemilihan adalah secara first come first serve.

Bayaran deposit RM250.00 boleh dibayar kpd penganjur pada hari Isnin 21/2/2011 dan baki RM250.00 boleh dibayar pd 23/2/2011. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Chocolate Fair boleh hubungi penganjur En Fazli di 017-6766939 Harap maklum




01 February 2011

MIHAS 2011

Salam Semua Ahli PUCBTM.

Untuk pengetahuan semua Malaysian International Halal Showcase 2010 akan diadakan pada 6/4/2011 sehingga 9/4/2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center.

Pihak persatuan meminta kepada usahawan yang berminat untuk menyertainya sila beri nama anda kepada Muzairee - 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 untuk pendaftaran.... Ahli-ahli yang mahu menyertai pameran ini mereka-mereka yang mempunyai sijil Halal dan berpotensi untuk mendapatkan pasaran luar negara. sila beri makluman kepada pihak persatuan jika ingin menyertainya supaya kami dapat memanjangkan hasrat ahli PUCBTM kepada pihak Lembaga Koko Malaysia...


sukacita di ingatkan bahawa 3 hari pertama pameran adalah tujuan perdangangan. 1 hari terakhir adalah hari terbuka untuk pengguna jika terdapat usahawan tidak terpilih untuk pameran berkenaan yang ingin memasarkan produk mereka boleh berbuat demikian melalui ahli-ahli yang terpilih yang telah disenaraikan diatas.


Senarai Usahawan yang berminat untuk sertai MIHAS 2011:
(akan dikemaskini)

1. Dazzle Food Sdn Bhd
2. GMR Food & Beverages
3. AOM Food Industries
4. Dezzariz Sdn Bhd
5. Sheaz Enterprise
6. D'kawi Chocolate Hut
7. Tasneem Enterprise
8. Azaib Holdings
9. Rab9 Food Industries

Kepada yang berminat sila beri maklum balas sebelum 7/2/2011



Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

24 January 2011

The 2nd 2011 Muslim World BIZ

Salam semua Ahli PUCBTM...
Pada Jun ini akan diadakan satu showcase perniagaan bertempat di PWTC dan Pihak OIC Business Center Sdn. Bhd. adalah sebagai penganjur. Berikut adalah maklumat berkenaan showcase berkenaan:

Acara: The 2nd 2011 Muslim World BIZ

Tarikh: 8 Jun 2011 - 11 Jun 2011

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Harga Booth: Shelf scheme - RM 4995.00
Space booth - RM 4365.00

Penganjur: OIC Business Center Sdn. Bhd.

kami juga mendapat makluman bahawa terdapat usahawan yang telah berurusan dengan pihak penganjur untuk mengelakkan kekeliruan berlaku kepada yang telah berurusan dengan pihak penganjur dan juga yang ingin menyertai showcase berkenaan sila hubungi En. Muzairee - 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 untuk pendaftaran...

Untuk maklumat lanjut berkenaan showcase ini sila layari laman web www.muslimworld.com.my

11 January 2011

Adhoc: OPEMS Carnival 2011 UiTM

Salam Semua Ahli PUCBTM..

Pada 9/1/2011 (Ahad) pihak persatuan telah mendapat satu jemputan daripada Persatuan Pelajar Pengurusan Operasi (OPEMS) UiTM Fakulti Pengurusan Pernigaan, Shah Alam. Pihak OPEMS akan mengadakan Chocolate fair pada 17 - 19/1/2011 di Dewan Seri Budiman Universiti Teknologi Mara dan bersamaan Chocolate fair pihak OPEMS juga Menganjurkan Book fair dan juga PC fair pada tarikh yang sama. berikut adalah maklumat tentang acara berkenaan:-

Tarikh: 17 Januari 2011 - 19 Januari 2011 (3 Hari)

Tempat: Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Saiz Booth: 4meter x 4meter

Harga: RM 1300.00 Sahaja

Bilangan Booth: 15 sahaja

*tempahan booth berdasarkan "first come first served" iaitu mereka yang booking dan membuat bayaran bayar penuh. Kepada Ahli PUCBTM yang berminat untuk menyertai acara ini sila hubungi En. Shukri di nombor 012-3618269... diminta kepada ahli-ahli yang ingin mengikutinya sila confirmkan sebelum jam 3 ptg pada 13/01/2011.


Makluman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada anda yang ingin maklumat lanjut berkenaan permohonan untuk menjadi ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM) boleh hubungi nombor yang tertera seperti dibawah:

1. En Shuzaimi b. Abdul Shukor 016-4855738
Presiden PUCBTM

2. En Muzairee b. Daud 012-2289282
Naib Presiden PUCBTM

3. En Ismail Shukri b. Musak 012-3618269
Setiausaha PUCBTM

4. Y.M. Tengku Muazam Kamal b. Tengku Mahmood 012-3460916
Bendahari PUCBTM

Borang Pendaftaran Ahli PUCBTM boleh diperolehi daripada Setiausaha PUCBTM En Ismail Shukri b. Musak.

Sekian, terima kasih