Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

23 February 2011

Membuka Tapak Promosi di TESCO/CARREFOUR/JUSCO

PERHATIAN: Dimaklumkan bahawa program ini ditunda ke satu tarikh lain sehingga diberitahu oleh pihak IUB. Segala kesulitan amat dikesali.

Salam Semua Ahli PUCBTM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pihak Institut Usahawan Bumiputera (IUB) menjemput ahli PUCBTM untuk menyertai Tapak Promosi di TESCO Ampang secara kontrak 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga Mei 2011. Tapak Promosi adalah di dalam bangunan (indoor). Bayaran adalah RM4,800.00 bagi satu tapak 3mX3m untuk 3 bulan(RM1,600.00/sebulan). Bayaran penuh perlu dibuat sebelum berniaga di tapak promosi. Pada permulaan, PUCBTM akan mengambil 2 buah tapak yang akan disertai oleh 6 orang ahli PUCBTM sebagai perintis projek.

Tarikh: 1 Mac 2011 - 31 Mei 2011

Tempat: Tesco Ampang (indoor)

Saiz Booth: 3m X 3m (sila rujuk gambarajah dibawah)

Tempoh Kontrak: 3 bulan

Harga: RM 4,800.00 bg 1 tapak / RM 1,600.00 bg setiap Ahli PUCBTM

Beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu:
1. Setiap tapak dikongsi oleh 3 ahli PUCBTM (RM1,600.00 seorang) dan boleh berniaga selama 90 hari (RM17.78/sehari)
2. Setiap ahli PUCBTM diberi ruang sama rata untuk meletak rak. Kos setiap rak ditanggung sendiri oleh ahli PUCBTM yang terlibat.
3. Ahli PUCBTM tidak perlu menjaga di tapak promosi untuk 3 bulan. Dicadangkan untuk mengambil 2 org pekerja untuk menjaga dan menjual produk coklat.
4. Gaji pekerja adalah basic + komisen (Nilai basic dan komisen akan dibincangkan dengan lebih teliti)
5. Bayaran hasil jualan coklat boleh dibuat seminggu sekali/2minggu sekali/sebulan sekali mengikut persetujuan bersama.
6. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh 3 orang ahli PUCBTM dilantik bagi mengurus dan memantau perjalanan urus niaga dan aliran tunai di tapak promosi.
7. Sebarang kos pengurusan, kos pemasaran(bunting & flyer) dan lain-lain kos akan dikongsi bersama.
8. Ahli PUCBTM yang mempunyai sijil Halal, Jenama dan pembungkusan yang menarik akan diutamakan.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang berminat:
1. AOM Food Industries
2. Tasneem Enterprise
3. GMR Food & Beverages
4. Dazzle Food Sdn Bhd
5. Dezzariz Sdn Bhd
6. Rab9 Food Industries Sdn Bhd

Senarai simpanan:
1. Sri Ayu Enterprise
2. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
3. NZ Star Anise Enterprise
4. Koko Chip Enterprise
5. DChoc & Cookies

Kepada ahli PUCBTM yang berminat boleh hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 (SMS tidak akan dilayan). Jika permintaan ahli PUCBTM melebihi 6 orang, selebihnya akan dimasukkan ke dalam senarai simpanan. Bilangan tapak promosi akan ditambah jika mendapat persetujuan bersama.


Cadangan Rekabentuk Tapak Promosi oleh IUB




Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

No comments:

Post a Comment