Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

15 May 2011

Maklumat terkini Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC

Salam ahli PUCBTM,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan PUCBTM untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC pada 25-29 Mei 2011 telah diluluskan oleh KPDNKK. Sebanyak 5 buah booth telah diperuntukkan oleh KPDNKK kepada PUCBTM. Setiap booth akan dikongsi oleh 2 ahli PUCBTM di mana setiap ahli PUCBTM yang menyertai program ini dikehendaki membayar RM500.00. Butiran pembayaran adalah seperti di SMS yang telah dihantar pada 10/5/2011 dan 13/5/2011.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang telah membuat bayaran booth:
1. AOM Food Industries
2. Dezzariz Sdn Bhd
3. Salesac Enterprise
4. Norsham Homemade Confectionery & Western Food
5. DJ Learning
6. GMR Food & Beverages
7. Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd
8. Koko Chip Enterprise
9. Sheaz Enterprise
10. Masih kosong


*Dikemaskini sehingga 16/5/2011 6.07pm

Kepada ahli PUCBTM yang masih belum membuat bayaran, anda perlu membuat bayaran selewat-lewatnya 16/5/2011. Jika tidak, nama anda akan diganti oleh ahli PUCBTM lain yang berminat untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia. Harap dapat beri kerjasama.


Butiran mengenai Ekspo Beli Barangan Malaysia akan dimuatkan ke blog ini dalam masa terdekat untuk rujukan.

Sekian, terima kasih


Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

No comments:

Post a Comment