Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

06 May 2011

Kenyataan Media PUCBTM pada 5/5/2011

Salam semua Ahli PUCBTM,
Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PUCBTM pada 5/5/2011



Sila klik untuk besarkan

Ahli PUCBTM yang menghadiri Sidang Akhbar:

1. GMR Food & Beverages
2. AOM Food Industries
3. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
4. Rab9 Food Industries Sdn Bhd
5. IR Niaga

03 May 2011

Sidang Akhbar oleh PUCBTM

Makluman: Waktu Sidang Akhbar telah ditukar ke pukul 11.00 pagi, tarikh yang sama 5 Mei 2011 Harap Maklum

Salam semua Ahli PUCBTM...

Untuk makluman, Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan sidang akhbar pada 5 Mei 2011 pukul 11.00pagi di Sembang-Sembang Cafe, The Mall. Sidang akhbar ini bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat, khususnya rakyat Malaysia tentang kebaikan dan khasiat coklat serta menegaskan bahawa pernyataan yang dikeluarkan oleh MOH bahawa Coklat adalah junk food dan penyebab obesiti di sekolah adalah TIDAK TEPAT. Sidang akhbar ini disokong penuh oleh Lembaga Koko Malaysia.

Semua dijemput hadir.

Tarikh: 5 Mei 2011

Masa: 11.00pagi

Tempat: Sembang-Sembang Cafe, LG The Mall

- Exco PUCBTM

21 April 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011




Salam semua Ahli PUCBTM...

Di sini sukacitanya ingin kami memaklumkan bahawa PUCBTM akan memohon untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Sehubungan dengan itu, KPDNKK telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyertai Ekspo ini. Berikut adalah kriteria yang telah ditetapkan oleh KPDNKK:
1. Jenama dimiliki oleh warga negara Malaysia.
2. Syarikat milik warganegara Malaysia.
3. Maklumat pemakanan yang lengkap.
4. Maklumat ramuan yang lengkap.
5. Barcode
6. Tarikh dikilang, tarikh input, dan pembungkusan yang menarik serta persijilan yang berkaitan seperti Sijil Halal (JAKIM/JAIN), GMP, HACCP.

Maklumat tentang Ekspo Beli Barangan Malaysia:

Tarikh: 25 - 29 Mei 2011

Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)

Waktu: 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Harga: RM1,000.00/booth*

*Pihak PUCBTM akan memohon kepada KPDNKK agar harga booth dapat dikurangkan

Kepada ahli PUCBTM yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berminat untuk menyertai Ekspo ini sila berikan nama anda pada Bendahari YM Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 selewat-lewatnya 27 April 2011.


Senarai ahli PUCBTM yang berminat:



1. AOM Food Industries

2. GMR Food & Beverages
3. Norsham Homemade Confectionery & Western Food
4. Dezzariz Sdn Bhd
5. Silarasa Food & Confectionery Sdn Bhd
6. Dazzle Food Sdn Bhd
7. Sri Ayu Enterprise

8. Salesac Enterprise

9. Koko Chip Enterprise

10. Sheaz Enterprise

11. DJ Learning




Sebarang pertanyaan mengenai kriteria yang diberikan oleh KPDNKK, boleh hubungi pegawai seperti dibawah:

Faridah Binti Abas
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan
No 13, Persiaran Perdana
Presint 2, 62623 Putrajaya
Tel: 03-8882 5902
Faks : 03-8882 5826

23 February 2011

Membuka Tapak Promosi di TESCO/CARREFOUR/JUSCO

PERHATIAN: Dimaklumkan bahawa program ini ditunda ke satu tarikh lain sehingga diberitahu oleh pihak IUB. Segala kesulitan amat dikesali.

Salam Semua Ahli PUCBTM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pihak Institut Usahawan Bumiputera (IUB) menjemput ahli PUCBTM untuk menyertai Tapak Promosi di TESCO Ampang secara kontrak 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga Mei 2011. Tapak Promosi adalah di dalam bangunan (indoor). Bayaran adalah RM4,800.00 bagi satu tapak 3mX3m untuk 3 bulan(RM1,600.00/sebulan). Bayaran penuh perlu dibuat sebelum berniaga di tapak promosi. Pada permulaan, PUCBTM akan mengambil 2 buah tapak yang akan disertai oleh 6 orang ahli PUCBTM sebagai perintis projek.

Tarikh: 1 Mac 2011 - 31 Mei 2011

Tempat: Tesco Ampang (indoor)

Saiz Booth: 3m X 3m (sila rujuk gambarajah dibawah)

Tempoh Kontrak: 3 bulan

Harga: RM 4,800.00 bg 1 tapak / RM 1,600.00 bg setiap Ahli PUCBTM

Beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu:
1. Setiap tapak dikongsi oleh 3 ahli PUCBTM (RM1,600.00 seorang) dan boleh berniaga selama 90 hari (RM17.78/sehari)
2. Setiap ahli PUCBTM diberi ruang sama rata untuk meletak rak. Kos setiap rak ditanggung sendiri oleh ahli PUCBTM yang terlibat.
3. Ahli PUCBTM tidak perlu menjaga di tapak promosi untuk 3 bulan. Dicadangkan untuk mengambil 2 org pekerja untuk menjaga dan menjual produk coklat.
4. Gaji pekerja adalah basic + komisen (Nilai basic dan komisen akan dibincangkan dengan lebih teliti)
5. Bayaran hasil jualan coklat boleh dibuat seminggu sekali/2minggu sekali/sebulan sekali mengikut persetujuan bersama.
6. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh 3 orang ahli PUCBTM dilantik bagi mengurus dan memantau perjalanan urus niaga dan aliran tunai di tapak promosi.
7. Sebarang kos pengurusan, kos pemasaran(bunting & flyer) dan lain-lain kos akan dikongsi bersama.
8. Ahli PUCBTM yang mempunyai sijil Halal, Jenama dan pembungkusan yang menarik akan diutamakan.

Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang berminat:
1. AOM Food Industries
2. Tasneem Enterprise
3. GMR Food & Beverages
4. Dazzle Food Sdn Bhd
5. Dezzariz Sdn Bhd
6. Rab9 Food Industries Sdn Bhd

Senarai simpanan:
1. Sri Ayu Enterprise
2. Silarasa Food & Confectionary Sdn Bhd
3. NZ Star Anise Enterprise
4. Koko Chip Enterprise
5. DChoc & Cookies

Kepada ahli PUCBTM yang berminat boleh hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 (SMS tidak akan dilayan). Jika permintaan ahli PUCBTM melebihi 6 orang, selebihnya akan dimasukkan ke dalam senarai simpanan. Bilangan tapak promosi akan ditambah jika mendapat persetujuan bersama.


Cadangan Rekabentuk Tapak Promosi oleh IUB




Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

11 February 2011

UiTM Chocolate fair by OPEMS (updated)


Salam Semua Ahli PUCBTM..

Sebelum Tahhun Baru Cina lalu pihak persatuan telah mendapat sekali lagi jemputan daripada Persatuan Pelajar Pengurusan Operasi (OPEMS) UiTM Fakulti Pengurusan Pernigaan, Shah Alam. Pihak OPEMS akan mengadakan Chocolate fair pada 21 - 24/2/2011 di Dewan Seri Budiman Universiti Teknologi Mara dan bersamaan Chocolate fair pihak OPEMS juga Menganjurkan Book fair dan juga PC fair pada tarikh yang sama. b
erikut adalah maklumat tentang acara berkenaan:-

Tarikh: 21 Febuari 2011 - 24 Febuari 2011 (4 Hari)

Tempat: Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Saiz Booth: 3m X 3m (RAW SPACE)

Harga: RM 500.00 Sahaja


Bilangan Booth: 16

*tempahan booth berdasarkan "first come first served" iaitu mereka yang booking dan membuat bayaran penuh. Kepada Ahli PUCBTM yang berminat untuk menyertai acara ini sila hubungi En. Muzairee 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 diminta kepada ahli-ahli yang ingin mengikutinya sila confirmkan sebelum jam 3 ptg pada 14/02/2011.


Senarai Usahawan yang berminat:
1. GMR Food & Beverages, Booth No 8
2. AOM Food Industries, Booth No 15
3. Dezzariz Sdn Bhd, Booth No 9
4. Salesac Enterprise, Booth No 7
5. Tasneem Enterprise, Booth No 4
6. Norsham Homemade Confectionery & Western Food No 2
7. Koko Chip Enterprise, Booth No 13
8. D'Chocs & Cookies
9. Azaib Holdings Sdn Bhd tarik diri
10. Sheaz Enterprise, Booth No 3

Booth yang masih dibuka, Booth No 1,5,6,10,11,14,16


Usahawan di minta memilih no booth dan memaklumkan kepada Y.M. Tengku Muazam di 012-3460916. Pemilihan adalah secara first come first serve.

Bayaran deposit RM250.00 boleh dibayar kpd penganjur pada hari Isnin 21/2/2011 dan baki RM250.00 boleh dibayar pd 23/2/2011. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Chocolate Fair boleh hubungi penganjur En Fazli di 017-6766939 Harap maklum




01 February 2011

MIHAS 2011

Salam Semua Ahli PUCBTM.

Untuk pengetahuan semua Malaysian International Halal Showcase 2010 akan diadakan pada 6/4/2011 sehingga 9/4/2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center.

Pihak persatuan meminta kepada usahawan yang berminat untuk menyertainya sila beri nama anda kepada Muzairee - 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 untuk pendaftaran.... Ahli-ahli yang mahu menyertai pameran ini mereka-mereka yang mempunyai sijil Halal dan berpotensi untuk mendapatkan pasaran luar negara. sila beri makluman kepada pihak persatuan jika ingin menyertainya supaya kami dapat memanjangkan hasrat ahli PUCBTM kepada pihak Lembaga Koko Malaysia...


sukacita di ingatkan bahawa 3 hari pertama pameran adalah tujuan perdangangan. 1 hari terakhir adalah hari terbuka untuk pengguna jika terdapat usahawan tidak terpilih untuk pameran berkenaan yang ingin memasarkan produk mereka boleh berbuat demikian melalui ahli-ahli yang terpilih yang telah disenaraikan diatas.


Senarai Usahawan yang berminat untuk sertai MIHAS 2011:
(akan dikemaskini)

1. Dazzle Food Sdn Bhd
2. GMR Food & Beverages
3. AOM Food Industries
4. Dezzariz Sdn Bhd
5. Sheaz Enterprise
6. D'kawi Chocolate Hut
7. Tasneem Enterprise
8. Azaib Holdings
9. Rab9 Food Industries

Kepada yang berminat sila beri maklum balas sebelum 7/2/2011



Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

24 January 2011

The 2nd 2011 Muslim World BIZ

Salam semua Ahli PUCBTM...
Pada Jun ini akan diadakan satu showcase perniagaan bertempat di PWTC dan Pihak OIC Business Center Sdn. Bhd. adalah sebagai penganjur. Berikut adalah maklumat berkenaan showcase berkenaan:

Acara: The 2nd 2011 Muslim World BIZ

Tarikh: 8 Jun 2011 - 11 Jun 2011

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Harga Booth: Shelf scheme - RM 4995.00
Space booth - RM 4365.00

Penganjur: OIC Business Center Sdn. Bhd.

kami juga mendapat makluman bahawa terdapat usahawan yang telah berurusan dengan pihak penganjur untuk mengelakkan kekeliruan berlaku kepada yang telah berurusan dengan pihak penganjur dan juga yang ingin menyertai showcase berkenaan sila hubungi En. Muzairee - 012-2289282, En. Shukri - 012-3618269 dan Y.M Tengku Muazzam 012-3460916 untuk pendaftaran...

Untuk maklumat lanjut berkenaan showcase ini sila layari laman web www.muslimworld.com.my