Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

12 June 2010

Email daripada KPDNKK 1

-------- Original Message --------
Subject: Re: Senarai dan kedudukan baru usahawan LKM untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010
Date: Fri, 11 Jun 2010 17:26:17 +0800
From: "Mohd Khairul Ezam Bin Mohd Rasali"
To: "AOM Food Industries"

Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan perbualan telefon sebentar tadi dengan wakil persatuan adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian mencadangkan kepada Persatuan dan Lembaga Koko Malaysia untuk menempatkan syarikat yang telah export ready di booth 42,43, 44 & 45 dan dinding pembahagian di antara kesemua 8 booth dibuka bagi membolehkan pengunjung untuk melihat semua produk dengan mudah. Kementerian juga memang berharap Pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia kali ini dapat meraih keuntungan yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan. Untuk maklumat tuan, syarikat IKS yang bukan di bawah Lembaga Koko Malaysia telah dikenakan bayaran RM500.00 untuk sebuah booth. Tindakan Kementerian memberi booth secara percuma bagi meningkatkan peluang pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan keuntungan yang maksimum. Kementerian juga berharap agar tuan dapat memenuhi setiap ruang yang disediakan dengan produk berkualiti tinggi dan hiasan pelbagai bagi menarik pengunjung mengunjungi booth tuan. Besarlah harapan saya untuk bertemu kesemua pengusaha semasa program ini berlangsung dan mendapat maklumbalas yang diharap-harapkan. Sekian, terima kasih.



Khairul Ezam bin Mohd Rasali
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No. Tel : 03-8882 6487
No. Faks : 03-8882 5826

No comments:

Post a Comment