Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

18 June 2010

Tarikh Baru Perjumpaan Persatuan

Salam kepada semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia.

Ingin dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan ditukar ke tarikh baru iaitu 28 Jun 2010. Pihak Persatuan dengan suka citanya menjemput semua Ahli Persatuan untuk menghadirkan diri ke perjumpaan persatuan. Perjumpaan ini juga akan menjemput Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan setiausaha kerja bagi Persatuan
2. Penyertaan Program Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
3. Penyertaan Pameran Malaysia 3rd & 4th Chocolate Fair
4. Penyertaan Pameran Epicure Malaysia 2010
5. Memasarkan produk usahawan coklat ke Pusat Jualan yang terdapat di The Mall, Kuala Lumpur
6. Taklimat oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
7. Perkara-perkara yang berbangkit.

Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 Jun 2010
Hari: Isnin
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko,
Bangi Lembaga Koko Malaysia.

No comments:

Post a Comment