Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

08 October 2010

Bayaran Booth Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara

Salam semua Ahli PUCBTM...

Di sini sukacitanya ingin kami memaklumkan bahawa permohonan PUCBTM untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara telah diluluskan oleh pihak penganjur iaitu Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)Pulau Pinang. PUCBTM telah memohon 7 buah booth dan ahli persatuan yang telah memberi maklum balas dan bersetuju untuk menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia adalah sebanyak 14 usahawan. (Setiap booth akan dikongsi 2 usahawan). Di bawah adalah senarai ahli persatuan yang telah dihantar ke PDNKK Pulau Pinang untuk penyertaan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara:

1. Nama Syarikat: AOM Food Industries
Nama Pegawai: YM Tengku Muazam Kamal

2. Nama Syarikat: Salesac Enterprise
Nama Pegawai: Puan Salbiah Suleiman

3. Nama Syarikat: Borneo Cocoa Valley
Nama Pegawai: Puan Hasnafiza Hassnar

4. Nama Syarikat: Aida Chocs Enterprise
Nama Pegawai: Puan Zuraida

5. Nama Syarikat: Ryverra Chocolate & Confectionary
Nama Pegawai: En Sharil Omar

6. Nama Syarikat: Qarrea Choc Product
Nama Pegawai: En. Ismail Shukri Musak

7. Nama Syarikat: De'Chaqner Resources
Nama Pegawai: Puan Liyana Zainal

8. Nama Syarikat: Sri Ayu Enterprise
Nama Pegawai: En Norhazazi Mohd Alimuddin

9. Nama Syarikat: Tasneem Enterprise
Nama Pegawai: En. Ahmad Rafizal / Puan Haridah

10. Nama Syarikat: Dezzariz Sdn Bhd
Nama Pegawai: En Shuzaimi A. Shukor

11. Nama Syarikat: DJ Learning & Services
Nama Pegawai: Puan Noraini Hashim

12. Nama Syarikat: Kak Yong Cake House & Cafe
Nama Pegawai: Puan Chofiah bt Mohd Noor

Setelah berbincang dengan pihak PDNKK Pulau Pinang, bayaran setiap booth telah dikurangkan daripada RM1,000.00 kepada RM500.00. Oleh itu, PUCBTM ingin memohon kerjasama ahli persatuan yang terlibat untuk membayar RM250.00 (bagi setiap usahawan) kepada Bendahari PUCBTM. Oleh kerana PUCBTM masih tidak mempunyai akaun, maka pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank seperti dibawah:
Name: AOM FOOD INDUSTRIES
ACC No: 562553403346

Setelah menerima bayaran berjumlah RM3,500.00 dari ahli persatuan yang terlibat, PUCBTM akan membuat bayaran booth kepada GERAKAN PENGGUNA NEGERI PULAU PINANG seperti yang dimaklumkan di dalam surat yang dikeluarkan oleh PDNKK Pulau Pinang.

Satu Taklimat Ekspo Beli Barangan Malaysia Zon Utara akan diadakan di Putrajaya.

Tarikh: 14 Oktober 2010 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, PUTRAJAYA

PUCBTM berharap ahli persatuan yang menyertai Ekspo ini dapat bekerjasama danmembuat bayaran booth selewat-lewatnya hari Selasa 12 Oktober 2010. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bendahari di 012-3460916.

Sekian terima kasih

YM Tengku Muazam Kamal

Bendahari,

Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

Di bawah adalah salinan surat PDNKK Pulau Pinang:

Sila klik untuk besarkan

Sila klik untuk besarkan



No comments:

Post a Comment