Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

27 October 2010

Jemputan Menyertai Pameran MAHA 2010



Salam semua ahli PUCBTM,

Di sini sukacitanya, PUCBTM menjemput semua ahli PUCBTM yang berminat untuk menyertai Pameran MAHA 2010 yang akan diadakan pada 26 November 2010 hingga 5 Disember 2010. Setelah berbincang dengan LKM, PUCBTM telah memperoleh 18 booth untuk ditempah oleh ahli PUCBTM. Ahli PUCBTM yang berminat dikehendaki memberi nama pada Bendahari PUCBTM, YM Tengku Muazam Kamal 012-3460916 dan membuat bayaran penuh sebelum 2 November 2010.

Bayaran bagi 1 booth ialah RM1,000 sahaja. Ahli PUCBTM boleh memilih booth pilihan mereka secara "first come first served basis" kerana bilangan booth adalah terhad.

Oleh kerana PUCBTM masih tidak mempunyai akaun, maka pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank seperti dibawah:
Name: AOM FOOD INDUSTRIES
ACC No: 562553403346

Dibawah adalah maklumat mengenai MAHA 2010:

Tempat: Hall C, MAEPS, Serdang

Tarikh: 26 November - 5 Disember 2010

Masa: 10.00pagi hingga 10.00malam



Dibawah adalah senarai ahli PUCBTM yang berminat sertai MAHA 2010:

No booth

Ahli PUCBTM

1

IR Niaga

2

D Chocs n Cookies

3

Borneo Cocoa Valley

4

Azaib Holdings Sdn Bhd

5

Norsham Homemade Confectionery

6

DJ Learning

7

Dazzle Food Sdn Bhd

8

GMR Food & Beverages

9

Tasneem Enterprise

10

AOM Food Industries

11

Dechaqner Resources

12

NZ Star Anise

13

Rab 9 Food Industries Sdn Bhd

14

Salesac Enterprise

15

SILARASA Food & Confectionery

16

Qarrea Choc Product & Sri Ayu Enterprise

17

Dezzariz Sdn Bhd

18

Koko Chip Enterprise


Senarai ahli PUCBTM yang menyertai Pameran MAHA 2010 akan dihantar kepada LKM dan pihak penganjur MAHA pada 2 November 2010. Diharap ahli PUCBTM memberi kerjasama sepenuhnya. Ahli PUCBTM yang tidak bekerjasama serta melewat-lewatkan bayaran akan digugurkan daripada senarai penyertaan dan tempat mereka akan diganti oleh ahli PUCBTM lain yang berminat (senarai menunggu).

Nota: Kepada usahawan LKM yang belum membuat bayaran Yuran Pendaftaran PUCBTM RM30.00 dan Yuran Tahunan PUCBTM RM150.00 dikehendaki membuat bayaran berkenaan bersama dengan bayaran penyertaan booth MAHA 2010.

Harap maklum.

YM Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)


No comments:

Post a Comment