Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

03 July 2011

Jemputan Pertemuan Ahli PUCBTM dengan Ketua Pengarah LKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah LKM, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail ingin menjemput ahli PUCBTM untuk berbincang mengenai MCCD 2011 yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober bertempat di Mid Valley Exhibition Hall.

Berikut adalah waktu, tarikh dan tempat yang akan diadakan:
Tarikh: 15 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 3 petang
Tempat: Bilik Seminar, Blok B
Pusat Innovatif Teknologi Koko Nilai (CITC)

Agenda Perbincangan.
1. Bilangan ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai MCCD 2011
2. Memohon pengurangan bayaran sewa booth pada kadar yang mampu dibayar oleh ahli PUCBTM
3. Hal-hal yang berbangikit
Kepada ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai perbincangan dengan Ketua Pengarah diminta hubungi Bendahari, Y.M. Tengku Muazam Kamal di 012-3460916 atau email ke pucbtm@gmail.com untuk Senarai Kehadiran. Sebarang pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan.

Senarai Kehadiran diperlukan oleh LKM untuk persediaan seperti tempat (jika ada perubahan) dan minum petang.Sila war-warkan kepada rakan-rakan usahawan yang lain. Segala kerjasama anda amat kami hargai.

Harap Maklum

Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)


Senarai Kehadiran usahawan LKM dan ahli PUCBTM:
1. AOM Food Industries
2. GMR Food & Beverages
3. Dazzle Food Sdn Bhd
4. Chocolate Generation
5. Silarasa Food & Beverage Sdn Bhd
6. Dezzariz Sdn Bhd
7. Norsham Homemade Confectionery
8. Brilliance World Resources
9. Kenanga Fastfood
10. JSV Foods
11. Chocolate & Delicacies Ind.
12. Azaib Holdings Sdn Bhd
13. IR Niaga
14. Bukit Bunga Frozen Food
15. Salesac Enterprise
16. Qarrea Choc Products
17. Desire Chocolate
18. D Chocs N Cookies

No comments:

Post a Comment