Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

12 August 2011

Jemputan Pertemuan Ahli PUCBTM dengan Ketua Pengarah LKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah LKM, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail ingin menjemput ahli PUCBTM untuk 1 sesi pertemuan dan mesyuarat bersama Ketua Pengarah LKM.

Berikut adalah waktu, tarikh dan tempat yang akan diadakan:
Tarikh: 16 Ogos 2011 (Selasa)
Masa : 9.30pagi
Tempat: Bilik Seminar, Blok B
Pusat Innovatif Teknologi Koko Nilai (CITC)

Agenda Perbincangan.
1. Ucapan dari Ketua Pengarah LKM
2. Makluman mengenai MCCD 2011 dan MICCOS 2011
3. Bilangan ahli PUCBTM yang berminat untuk sertai MCCD 2011 dan MICCOS 2011
4. Memohon pengurangan bayaran sewa booth pada kadar yang mampu dibayar oleh ahli PUCBTM
5. Hal-hal yang berbangikit

Ahli PUCBTM diminta membawa sample produk untuk tujuan penyediaan Direktori Usahawan Coklat yang akan dikeluarkan oleh LKM. Selain itu sample produk yang diberikan akan dipaparkan di Bahagian Unit Pembangunan Usahawan Coklat (UPUC)

Semua ahli PUCBTM dijemput hadir.

Harap Maklum

Y.M. Tengku Muazam Kamal 012-3460916
Bendahari,
Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia (PUCBTM)

No comments:

Post a Comment