Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

12 June 2010

Email daripada KPDNKK 1

-------- Original Message --------
Subject: Re: Senarai dan kedudukan baru usahawan LKM untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010
Date: Fri, 11 Jun 2010 17:26:17 +0800
From: "Mohd Khairul Ezam Bin Mohd Rasali"
To: "AOM Food Industries"

Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan perbualan telefon sebentar tadi dengan wakil persatuan adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian mencadangkan kepada Persatuan dan Lembaga Koko Malaysia untuk menempatkan syarikat yang telah export ready di booth 42,43, 44 & 45 dan dinding pembahagian di antara kesemua 8 booth dibuka bagi membolehkan pengunjung untuk melihat semua produk dengan mudah. Kementerian juga memang berharap Pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia kali ini dapat meraih keuntungan yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan. Untuk maklumat tuan, syarikat IKS yang bukan di bawah Lembaga Koko Malaysia telah dikenakan bayaran RM500.00 untuk sebuah booth. Tindakan Kementerian memberi booth secara percuma bagi meningkatkan peluang pengusaha di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan keuntungan yang maksimum. Kementerian juga berharap agar tuan dapat memenuhi setiap ruang yang disediakan dengan produk berkualiti tinggi dan hiasan pelbagai bagi menarik pengunjung mengunjungi booth tuan. Besarlah harapan saya untuk bertemu kesemua pengusaha semasa program ini berlangsung dan mendapat maklumbalas yang diharap-harapkan. Sekian, terima kasih.



Khairul Ezam bin Mohd Rasali
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No. Tel : 03-8882 6487
No. Faks : 03-8882 5826

09 June 2010

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010

Salam ahli PUCBTM,

Untuk makluman, terdapat 16 syarikat/ahli PUCBTM akan menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 pada 16 - 20 Jun 2010 bertempat di PWTC.

Berikut adalah senarai syarikat/ahli PUCBTM yang telah bersetuju untuk menyertai Ekspo tersebut. Turut disertakan ialah no booth bagi setiap syarikat/ahli PUCBTM:

* SENARAI SYARIKAT 'EXPORT READY' TELAH DISEDIAKAN /DIBERIKAN OLEH PIHAK LKM KEPADA PEGAWAI KPDNKK .

Sila klik untuk besarkan


Waktu Masuk Barang
15 Jun 2010, 9.00 pagi hingga 9.00 malam

Waktu Keluar Barang
20 Jun 2010, 9.00 malam hingga 10.00 malam
21 Jun 2010, 9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bendahari PUCBTM, Y.M. Tengku Muazam 012-3460916

19 May 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010

Salam Ahli PUCBTM.

Sempena menyambut World Cocoa Day setiap 1 Oktober, Lembaga Koko Malaysia akan mengajurkan Malaysia Cocoa & Chocolate Day yang bakal diadakan di Mid Valley Exibition Center pada 15 Oktober 2010 hingga 17 Oktober 2010. MCCD juga diajurkan bersama dengan Syarikat Bleudale yang telah menganjurkan Chocolate Fair pada january lalu. MCCDyang dijalankan adalah untuk mengadakan satu kempen kesedaran dan pendidikan tentang Koko dan Coklat Malaysia. Pihak Penganjur juga menjangkakan kehadiran pengunjung sebanyak 20,000 ke 50,000 orang pengunjung.

untuk maklumat lanjut berkenaan booth di Malaysia Cocoa & Chocolate day, Ahli boleh menghubungi pihak Bluedale di nombor telefon 03-78047986 (Cik Nurul) atau menhubungi setiusaha persatuan En. Ismail Shukri / Bendahari Y.M. Tengku Muazzam.

Pihak Persatuan dan LKM meminta kepada ahli yang berminat untuk menyertai Pameran MCCD sila memberi maklumat anda sebelum 28/5/2010.

MIHAS 2010

Salam Semua Ahli PUCBTM.

Untuk pengetahuan semua Malaysian International Halal Showcase 2010 akan diadakan pada 23/6/2010 sehingga 27/6/2010 yang diadakan di MATRADE Jalan Duta.

Pihak persatuan telah bermesyuarat pada 6/5/2010 dan telah memilih beberapa orang ahli. Ahli-ahli yang telah dipilih untuk pameran berkenaan adalah berdasarkan mereka-mereka yang mempunyai sijil Halal dan berpotensi untuk mendapatkan pasaran luar negara. berikut adalah ahli-ahli yang dipilih untuk turut serta:

No.

Ahli

Syarikat

1

En Shuzaimi Abdul Shukur

Dezzariz Sdn Bhd

2.

En. Muzairee Daud

GMR Food & Beverages

3.

Hj. Salehudin b. Idris

D’kawi Chocolate Hut

4.

Ari Abidin

Rab9 Food Industries

5.

Y.M. Tengku Muazam /Pn. Aimilia Omar

AOM Food Industries

6.

Sri Salwa bt Haron

Innovative Chocolate

7.

Pn. Hjh Ropiah / Pn. Dina Tajuddin

Dazzle Food Sdn Bhd

8.

Hartina bt. Abdul Rauf

Sri Umairah Food & Beverages

9.

Pn. Haridah Sahri

Tasneem Enterprise

10.

Siti Chofiah Mohd. Noor/ Noraini Md Isa

Kak Yong Cake House & Cafe

11.

Norhazizi b. Mohamad

Alimudin

Sri Ayu Enterprise

12.

Normah Binti Ketot

Norsham Homemade Confectionery &

Western Food


suka di ingatkan bahawa 3 hari pertama pameran adalah tujuan perdangangan. 2 hari terakhir adalah hari terbuka untuk pengguna jika terdapat usahawan tidak terpilih untuk pameran berkenaan yang ingin memasarkan produk mereka boleh berbuat demikian melalui ahli-ahli yang terpilih yang telah disenaraikan diatas.

jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi setiausaha persatuan di nombor 012-3618269 (Shukri)/ email: pucbtm@gmail.com


Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

13 May 2010

Jemputan ke Perjumpaan Persatuan Usahawan Coklat BuatanTangan Malaysia

Salam kepada Semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia dengan sukacitanya pihak persatuan menjemput semua ahli persatuan untuk hadir ke perjumpaan persatuan. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:


Tarikh: 18 Mei 2010
Hari: Selasa
Jam: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi Lembaga Koko Malaysia.

Tujuan Perjumpaan & Perkara yang akan dibincangkan:

1) Penerangan Pameran Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010 oleh Bluedale
2) Penerangan mengenai MIHAS 2010
3) Penerangan Misi perdagangan ke Indonesia
4) Isu-isu berbangkit berkenaan Industri Koko & coklat


Kami dipihak persatuan mengalu-alukan kedatangan pihak ahli ke perjumpaan ini. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi setiausaha persatuan di nombor 012-3618269 (Shukri)/ email: pucbtm@gmail.com.

Sekian diharap para ahli persatuan dapat hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan.


Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

12 April 2010

Jemputan ke Perjumpaan Persatuan Usahawan Coklat BuatanTangan Malaysia

Salam kepada Semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia dengan sukacitanya pihak persatuan menjemput semua ahli persatuan untuk hadir ke perjumpaan persatuan. Perjumpaan ini akan dihadiri oleh Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Y. Bhg. Dato' Dr. Azhar Ismail. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 April 2010
Hari: Khamis
Jam: 2.00 petang
Tempat: Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi Lembaga Koko Malaysia.

Tujuan Perjumpaan & Perkara yang akan dibincangkan:

1) Penerangan peluang perniagaan dari PERNEC
2) Penerangan mengenai Pameran Malaysia 2nd Chocolate Fair di Johor Bahru oleh Expomedia Events
3) Mengedarkan Kad keahlian Persatuan kepada semua Ahli Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
4) Ahli Persatuan diminta untuk membawa sample coklat untuk projek yang akan persatuan jalankan dalam tahun ini.
5) Kedudukan Unit Pembangunan Usahawan dibawah Bhg. Direktorat LKM
6) Bekalan blok coklat Pilot Plant PPHK LKM Bangi
7) Insentif untuk meningkatkan keupayaan dan pemasaran untuk IKS
8) Penyertaan usahawan dalam aktiviti pameran, roadshow dan promosi
9) Program Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015)
10) Prestasi pengeluaran dan pendapatan usahawan coklat buimbingan LKM
11) Sesi dialog bersama Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia

Kami dipihak persatuan mengalu-alukan kedatangan pihak ahli ke perjumpaan ini. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi setiausaha persatuan di nombor 012-3618269 (Shukri)/ email: pucbtm@gmail.com.

Sekian diharap para ahli persatuan dapat hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan.


Persatuan Usahawan Coklat Buatan Tangan Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, Bangi, Lembaga Koko Malaysia
pucbtm@gmail.com

Malaysia Handmade Chocolate Entrepreneur Association Commitee Members



Jawatan

Nama

Syarikat

1.

Pengerusi

En Shuzaimi Abdul Shukur

Dezzariz Sdn. Bhd.

2.

Timbalan Pengerusi

En. Muzairee Daud

GMR Food & Beverages Sdn Bhd.

3.

Setiausaha

En. Isma’il Shukri Musak

Qarrea Choc Product

4.

Bendahari

Y.M Tengku Muazzam Kamal Tengku Mahmood

AOM Food Industries

5.

AJK

Pn. Dina Tajuddin

Dazzle Food Industries

6.

AJK

Pn. Siti Zainab Nong Ahmad

Ibu Siti Enterprise

7.

AJK

En. Asri Abidin

Rab9 Food Industries

8.

AJK

Pn. Norhartina Abdul Rauf

Sri Umairah Food & Beverages